Total Pageviews

Sunday, March 7, 2010


Bunyi hentaman bola boling yang mengena pin-pin yang tegak berdiri dihujung lorong kedengaran jelas di lubang telinganya.Bahkan barang sesiapa yang tidak mendengar bunyi tersebut ada masalah pendengaran atau lebih tepat lagi tidak korek telinga berbulan-bulan.Masakan tidak jika kesemua lorong boling dipusat itu dipenuhi oleh peminat-peminat boling seperti …. lelaki yang sedang mencari dan mengumpul kekuatan untuk menghayun bola tersebut.’Hmm, ‘cool’ nya mamat ni ‘, bisik hati kecil Nabilah meskipun lelaki tersebut membelakangkannya.
“Jae!Fighting!, “ jerit perempuan disebelahnya.Sakit gegendang telinga Nabilah yang tidak berdosa itu.Dia betul-betul teringin menjalarkan jemari runcingnya keleher perempuan tersebut tapi apa kan daya, dia adalah kakaknya sendiri.Sebaik sahaja menyedari hakikat itu, hati Nabilah benar-benar sakit.Tiada siapa yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri kerana gagal menyedari betapa istimewanya Jaejoong.Lelaki berkemeja kekotak berwarna merah itu berpaling kearah mereka atau lebih tepat lagi kea rah kakaknya dan menghadiahkan senyuman yang paling manis.Nasib baik daya ketahanan Nabilah tidak seteruk Sunako yang sering kali mengalami hidung berdarah pabila didekati KyouHei tetapi dia membayangkan betapa cair hatinya dek senyuman itu.Reaksi kakaknya pula hanya senyuman bulan sabit yang sememang menjadi trademark wanita itu.Matanya yang mengecil dan berbentuk seperti bulat sabit semasa otot wajahnya bergerak membentuk senyuman dikatakan daya penarik oleh ramai kawan mereka sama ada lelaki atau perempuan.
“yes!, “jerit Jaejoong sebaik sahaja talaan bolanya mengena tepat sasaran lantas menghasilkan strike.Hati Nabilah bagaikan mahu melompat keluar apabila Jaejoong berjalan kembali ke bangku mereka dan mengambil tempat disebelah Nabilah.Namun, pandangan lelaki berkulit cerah itu hanya tertumpu kepada kakaknya.’ Ah!!!!!!!!michoso!michoso!michoso!’ jerit hati kecil Nabilah.Sehingga ke saat itu, dia tidak faham bagaimana Jae boleh menerima kakaknya yang bersifat seperti ‘cat woman’ dan adakalanya dia seakan-akan chameleon yang sering bertukar-tukar wajah.Bukan Nabilah tidak sayang kepada Natasha namun dia tak dapat menahan geram kerana kakaknya sering potong jalan dan hanya memburu lelaki-lelaki muda sebaya Jaejoong.Yang pelik tu, mereka itu semua boleh duduk keluar bersama-sama.Contoh termudah sedang berlaku didepan matanya,
“Seungyun, I believe in you.Aja aja!,” jerit kakaknya lagi sambil memberikan senyuman pembunuhnya itu.Sedangkan Jae disebelahnya hanya dapat memerhati tingkah laku teman wanitanya itu tanpa berkata apa-apa.Serta- merta Nabilah terasa marah kerana dia tidak menerima kelakuan Natasha yang ‘flirty’ terhadap rakan baik Jaejoong.
“wei makcik, slowlah sikit!awak tu bukan muda lagi nak buat gaya comel macam tu, “ ujar Nabilah perlahan kepada kakaknya.Dia khuatir jika kata-katanya itu terkuat nescaya airmuka kakaknya akan jatuh.
“Dia memang comel pun, biarlah.You guys look almost at the same age,” kata-kata yang keluar dari mulut Jaejoong itu ibarat bom yang meledak secara tiba-tiba.
“ha, ha ha!thank you dear .See, even Jae also thinks I looked younger than my real age, “ sahut kakak sambil tersenyum ke hujung telinga.Nabilah hanya terdaya merengus dan memeluk tubuh. ‘Sengal punya mamat.Flirty macam tu pun dia boleh terima, hilang akal ke apa.Kakak pun satu hal, dia anggap Jae sebagai pak turut je ke?Kalau ye, memang padanlah kome berdua.Eeee, geramnyer!!!!!, hati kecil Nabilah terus memberontak.
*********************************************************

Langkah mereka melewati ruang lobi Pavilion yang serba serbi happening dek penonton menanti tarian singa yang akan dipersembahkan 10 minit lagi.Sekali lagi kepala Nabilah berdenyut kuat dek perangai kakaknya dan Jaejoong.Tuhan sahaja tahu betapa malunya dia apabila Natasha menarik Jaejoong, Seunghyun dan Daesung duduk bersama-kama di anak tangga yang menghadap ruang pentas di legar lobi tengah mall itu.Walaupun Nabilah lega kerana Pavilion belum dicemari kehadiran pendatang-pendatang asing yang pasti merimaskan namun itu belum cukup untuk melegakan perasaannya.Dia terasa tangannya di tarik,
“Marilah duduk.awak tunggu apa lagi?, “ ujar Jaejoong.Dia tergamam apabila melihat tangannya ditarik oleh Jaejoong .JAEJOONG!.’Apa mimpi mamat ni?’.Mahu tak mahu, dia terpaksa melabuhkan juga punggungnya duduk dianak tangga itu bersama mereka.Rasa macam nak pitam pun ada dibuatnya gara terperanjat dengan Jaejoong.Namun selepas itu, Jaejoong segera berpaling semula kearah Natasha yang sedang asyik berbual dengan Seunghyun dan Daesung.Walaupun butiran perbualan mereka tidak jelas, namun apa yang dikatakan oleh Daesung disahut oleh gelak ketawa.
“Jae, saya nak tanya sikit, tapi saya harap awak jangan marah, “ujar Nabilah.entah kenapa dia tidak dapat bersabar dari bertanya soalan itu kepada Jaejoong.Lelaki itu berpaling kearahnya ,
“You sound so serious.ok, shoot,” balas Jaejoong.Nabilah menarik nafas mengumpul keberanian yang mula mengendur dek renungan mata lelaki itu.
“kenapa awak macam ‘cool’ sangat dengan kakak.I mean, you can hangout with her ardent admirers?.Awak tak rasa cemburu ke?.”Jaejoong mula tersenyum kecil kemudian dia berpaling sebentar kearah Natasha yang kelihatan teruja menyaksikan tarian singa yang baru bermula.Alunan bunyi gendang mula kuat menerobosi telinga mereka.Jaejoong merapatkan wajahnya kepada Nabilah,
“I won’t be jealous because I know to whom her heart belongs to,” jawapan yang berbunyi penuh keyakinan itu menambahkan lagi kemerahan diwajah Nabilah sebaik sahaja dia didekati oleh Jaejoong.Hatinya sedikit kecewa dengan jawapan Jaejoong kerana dia mengharapkan Jaejoong untuk mempunyai reaksi yang sama seperti lelaki lain.atau lebih tepat lagi, Nabilah kecewa kerana Jaejoong terlalu yakin dengan perhubungannya dan Natasha.
“Abil, what’s wrong?,” kedengaran suara kakaknya memecah monolog kecilnya.Keempat-empat mereka memandang kearahnya kehairanan .Dia tersenyum kambing sambil otaknya ligat berfikir mencari helah supaya tidak disyakki manyembunyikan sesuatu.Ya, Tuhan!seksanya sukakan mamat sorang ni.Tolonglah aku!.
Ternyata Tuhan yang Maha Agung tidak akan meninggalkan hambanya yang berdoa- serta merta ideanya datang.
“I’m hungry.Perut adik dah berbunyi ni.,” ujarnya.
“Lah, apasal tak cakap lagi tadi?Jom kita pergi makan,” ujar Natasha sambil bingkas bangun.Nabilah tidak menyangka respon yang begitu drastic.
“Tadi kata nak tengok lion dance?, “ tanya Daesung kehairanan.
“Takpe, kita boleh tengok lain kali tapi kalau dia ni dah kena gastric, alamatnya kita kena lawat dia kat hospital nanti, “ ujar kakaknya lagi sambil mula bergerak meninggalkan tempat tersebut dan dituruti oleh Jaejoong dan Seunghyun.Bunyi kata-kata kakak memang agak kasar tapi bagi sesiapa yang mengenali dirinya, mereka tahu itulah cara dia menunjukkan keprihatinannya.Maybe that’s one of her charm.
*************************************************************

Nabilah membelek-belek menu yang ada ditangannya.Hanya dia sahaja yang belum selesai dengan pesanannya.Sebenarnya dia teringin untuk memesan sup rumpai laut tetapi jika dia berbuat demikian seolah-olah dia ingin mengingatkan mereka bahawa hari itu adalah harijadinya.
“Makcik, cepatlah sikit, “ gesa Daesung sambil diperhati oleh Seunghyun.
“Sabarlah, Jaejoong pun tak order food dia lagi, “ ujar kakaknya.Daesung tersenyum kecil akur dengan dengan permintaan Natasha.
“ok Nuna, oh ya Jaejoong pergi mana tadi?”.natasha hanya mengangkat bahunya.Dahi Nabilah mula berkerut, ‘macam mana dia boleh tak tahu boyfriend dia pergi mana?.apa punya stail lah diaorang ni’.
“one maewontang for me, “ ujar Nabilah kepada pelayan yang lagi tadi setia dimeja mereka.kalaulah hanya dia dan Natasha yang duduk dimeja itu, pasti kesabaran pelayan itu tidak seperti ini.’Ini mesti kes dah sangkut dengan Seunghyun, kalau nak harapkan Daesung…tak mungkinlah.’Ketampanan Seunghyun memang tidak dapat dinafikan dan dia kelihatan lebih matang dari usia sebenarnya.Apa yang menarik adalah Seunghyun mempunyai aura ‘lady killer’ tetapi setiap kali dia bersama kakaknya, Seunghyun berubah menjadi agak pemalu.
Sepuluh minit kemudian, makanan mereka sampai namun kelibat Jaejoong masih belum kelihatan.Natasha mula kelihatan resah dan mendail telefon bimbitnya.
“Hello, where are you dear?’, ujar Natasha sebaik sahaja panggilannya dijawab.entah apa jawapan Jaejoong, kakaknya itu bangun dan keluar dari restoren tersebut.Daesung dan Seunghyun meneruskan perbualan mereka tanpa mempedulikan tindakan kakaknya tadi.Nabilah kian kehairanan.’Pelik, dia orang ni.tadi sibuk ikut telunjuk kakak, sekarang buat dek je,’ sambil cuba mencari masud disebalik reaksi selamba dek mereka berdua tanpa menyedari meja mereka dihampiri.
“saeng-il chukka hamneeda, saeng-il chukka hamneeda, saranghanda Nabilah.Saeng-il chukka hamneeda, “ nyanyian lagu selamat hari jadi oleh kakaknya, jaejoong, daesung, Seunghyun dan seorang lagi yang tidak dikenali amat memeranjatkannya.Dia melihat Jaejoong sedang menatang sebiji kek dan kakaknya menatang sebuah mangkuk sup yang kemudiannya diletakkan diatas meja sebaik sahaja nyanyian itu tamat.Kek tiramisu yang tertulis ‘happy birthday, Nabilah from jae and the gang’ membuatnya terharu.Mangkuk sup itu pula diisi dengan sup rumpai laut lantas menambahkan lagi keharuan dihatinya.Dia benar-benar ingat mereka lupa harijadinya.
“ok lets eat!, “ ujar Daesung.Nabilah menjadi keliru apabila Jaejoong mengambil tempat disebelahnya dan lelaki yang tidak dikenali itu duduk disebelah kakaknya.Orangnya tinggi lampai,
Berkulit cerah, bermata kecil seperti Daesung dan kelihatan bertubuh tegap.Natasha hanya tersenyum melihatkan reaksi Nabilah yang sememangnya tidak dapat disembunyikan.
“Abil, ini kakak perkenalkan, Jihoon –boyfriend kakak, “ kata-kata kakaknya itu ibarat bom atom yang dijatuhkan tentera Amerika ke atas Hiroshima semasa perang dunia kedua.Spontan dia memandang jaejoong disebelahnya-‘ senyum lebar!Jaejoong tersenyum lebar dengan pengumuman maut ni?’
“hi, nabilah.Saya Jihoon, nice to meet you and happy birthday.i heard of you a lot from your sister and Jaejoong, “ ujar Jihoon dengan mesra.
“Jaejoong?,” pertanyaan yang ringkas itu keluar dengan sendiri dari mulutnya.
“ya, Jaejoong.oh, awak tak tahu lagi rupanya.Kami adik- beradik, “ jelas lelaki tampan itu lagi dan kemudiannya disahut dengan gelak ketawa.Masakan tidak, mulut nabilah ternganga besar dek terkejut beruk dengan makluman itu.

*********************************************************************
Natasha tidak dapat menahan ketawa kecilnya setiap kali teringat reaksi adiknya itu.nabilah di tempat duduk penumpang hanya dapat memeluk tubuh.
“Dahlah kakak.Tak selesai lagi ke gelakkan Abil?.Mata tu tengok depan, “ ujar Nabilah.Menyedari adiknya diulit perasaan sensitive, dia segera mematikan senyumannya.
“Oh ya, ada hadiah dari Jae dalam dashboard tu, ambillah, “ ujar Natasha dan disambut dengan reaksi yang pantas oleh Nabilah.Terdapat sebuah hadiah kecil namun berat dan berbalut kemas didalam dashboard tersebut.Tiada kad disertakan bersama hadiah tersebut.jemari Nabilah mula beroperasi membuka bungkusan tersebut. Namun dia sama sekali tidak menyangka kandungan di dalam bungkusan tersebut- sebuah jam tangan wanita yang mirip dengan jam tangan yang dipakai oleh Jaejoong.
“he bought it quite sometimes already, Cuma menanti waktu yang sesuai nak beri pada awak, “ jelas kakaknya sambil memandu kereta kompak merahnya itu.
“Macam mana kakak tahu?,”
“ Sebab Jihoon dan kakak ada masa dia beli jamtangan tu.He asked for my opinion, so he bought those watches and Jihoon bought me a couple ring, “ jelas Natasha sambil mengangkat tangan kirinya.Mata Nabilah terpandang kad kecil yang terselit dicelah kotak tersebut.Kata-kata yang tertulis di dalamnya benar-benar amat mengharukan.
“what did he said?, “ Tanya kakaknya itu.Nabilah menyeka airmatanya sambil tersenyum lebar,
“he said, “Would you be my girlfriend?”.Jemari Nabilah segera menekan keypad handphonenya.
“so what will you say?”, soalan yang sengaja ditanya meskipun sudah dapat diagak jawapannya.
“ Yes, I will,” jawab Nabilah sambil menaip kata-kata itu.


************************************FIN**************************************

No comments: